Friday 24 June 2011

Telaten

Setalah sekian lama berada di tempat yang memberikan ilmu kepada diriku selama 2bulan, akhirnya penantian yang cukup menyeksakan hati dan mindaku. Akhirnya tercapai juga hasratku dan aku tidak akan lupakan semua peristiwa yang telah terjadi selama 2 bulan berada di UKM kerana menyempurnakan semester pendek. Sekarang tibalah diriku untuk berhoneymoon (bercuti) sepuas-sepuasnya di tempt yang amat ku rindui.

Tidak sabar rasanya diri ini untuk melangkahkan kaki ke tempat yang ku rindui dan menjadi timangan dalam setiap tidurku. Hanya tinggal beberapa detik sahaja yang akan membawaku ke destinasi yang amat ku cintai. Sabarlah wahai hati kecilku, setiap apa yang dinginkan pasti akan dirimu gapainya. Hanya cepat dan lambat sahaja. 


Wahai tempat kelahiran dan tumpah darahku... sabar yea.. hanya beberapa jam sahaja diriku ini akan berada disana, tersa tidak sabarnya hendak menghirup udara segar di sana.. I miss you a lot.. miss my mom and my family to..

Wednesday 22 June 2011

Ilham

Berikut merupakan lirik lagu yang menjadi ilham bagi saya untuk melahirkan sebuah cerpen yang bersifat ekspremental. Lirik lagu dari penyayi dari seberang iaitu Maher Zain dalam koleksi lagunya yang bertajuk Open Your Eyes

Open Your Eyes


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Sunday 19 June 2011

Penuh Ghairah

 

Rasa diri ini seakan-akan teruja untuk merasai dan membuat objek yang terpapar cantik didalam gambar itu. Aku rasakan diri ini begitu ghairah untuk masuk ke dapur dan tidak sabar-sabar untuk mencuba resepi baru ini. Tapi sabarlah wahai hati kecil hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah ke tarikh 24/6/2011.

Everyone can eat....juz soon and late je.. disini ada resepi dan perbagai jenis kek yang boleh dikongsi bersama dan kepada sesiapa yang berminat boleh juga membuat tempahan.. mana tahu boleh dapat diskaun sebab tukang buat kek tu bersaudara dengan saya dan adiknya adalah kakak ipar saya. Betul-betul rindu nak makan kek dan apam ni... sebab betul-betul sedap.

 boleh layari laman web ini untuk maklumat lanjut...http://mckiecupcake.blogspot.com dan http://cikepel.blogspot.com selamat melayari .. dan jangan terlebih ghairah kerana semua reka bentuk dan rupa bentuk kek yang terdapat didalamnya betul-betul boleh menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.. ah'lan wah'sahlan
Assalamualikum...


Kesempurnaan

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya hampir sampai ke penghujung. Setelah 2 bulan melalui proses pengeraman akhirnya terhasilah sebuah cerpen. Cerpen yang terhasil itu hanya untuk memenuhi syarat semasa mengikuti kursus penulisan kreatif bersama dengan tenaga pengajar iaitu Dr. Mawar dan Dr. Misran.

Pada mulanya, saya tidak percaya bahawa saya dapat siapkan tugasan yang diberikan oleh kedua-dua pensyarah kesayangan saya. Ribuan terima kasih saya ucapakan kepada Dr.Mawar dan Dr. Misran kerana telah memberi tunjuk ajar dan ilmu yang berguna kepada saya dan juga kepada kawan-kawan saya yang turut mengambil kursus penulisan kreatif.

Betapa banyak ilmu dan pelbagai tips yang telah diberikan kepada saya didalam bilik kuliah sekiranya ingin menjadi seorang penulis yang berbakat. Walaupun selama ini saya ingatkan angan-angan saya ingin menjadi seorang penulis hanya terkubur begitu sahaja, namun setelah saya mengambil dan mengikuti kelas penulisan kreatif, sedikit demi sedikit saya rasakan bakat yang terpendam saya mulai diasah.

Saya rasakan tidak rugi dan tidak membazir bila saya mengambil kursus ini semasa semester pendek yang cukup bermakna bagi saya. Saya rasakan saya adalah seorang yang bertuah dan beruntung kerana dapat mengenali seorang penulis yang menulis cerpen virus zel iaitu yang merupakan pensyarah saya yang saya anggap seperti mama saya sendiri iaitu Dr. Mawar.

Setiap kali berada didalam kelas Dr.Mawar ia membuatkan hati saya rasa tenang dan gembira. Saya masih ingat lagi, pada suatu hari hati saya tidak begitu tenteram dan berada dalam keresahan, bila sahaja masuk ke kelas Dr.Mawar hati yang berada dalam keresahan itu terus lenyap dan diisikan dengan kegembiraan. Kerana pelbagai topik dan isu yang diceritakan olenya sebelum memulakan kuliah dapat mengubati hati yang berada dalam kerasahan dan berada dalam keadaan berduka lara.

Kalau berkesempatan saya ingin sekali lagi merasai dan mengikuti kelas yang akan diajar oleh Dr.Mawar. Sekali lagi saya ucapakan ribuan terima kasih kepada Dr.Mawar dan Dr.Misran kerana telah memberi ilmu yang paling berguna kepada saya dan juga kepada rakan-rakan saya. Jasamu semua akan saya kenang sampai bila-bila...

Friday 17 June 2011

Al-tahzan

Malam yang sunyi sepi ini bagaikan menambahkan lagi kesedihan dihati yang kecil ini. Betapa kejamnya perbuatan seorang insan yang bergelar manusia. Tidak terdetikkah rasa kasihan dan rasa cinta terhadap sesama insan. 

Kenapa melakukan kekejaman terhadap insan yang tidak berdosa. Arish terasa kesedihan yang teramat sangat bila mengetahui pergolakan dan peperangan yang sedang berlaku di bumi Gaza. Ramai insan yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman oleh Rejim Israel. Semua tempat tinggal dan makanan utama telah dimusnahkan dan telah dirampas. Hopital dan pusat kesihatan semuanya penuh dengan penghuni yang berlumuran dengan darah dan mangsa pengeboman tentera Rejim. 

Bekalan makanan dan bekalan ubat untuk mengubati mangsa kekejaman tidak mengcukupi. Walaupun terdapat beberapa misi yang dilancarkan untuk membantu mangsa kekejaman ini, namun semuanya menjadi hampa dan telah di patahkan oleh pihak tentera Rejim Israel.

Betapa luluh dan sedihnya melihat  misi untuk membantu insan yang ditindas tidak kesampaian. Sekiranya andai waktu dapat diputar kembali ingin sahaja Arish terbang sepantas kilat untuk membantu mangsa-mangsa yang teraniaya itu. Bersabarlah wahai hati, suatu hari nanti kesedihan mu itu akan hilang terus dari pandagan hatimu.

Wednesday 15 June 2011

Khilaf Semalam...

Gerak geri hati naluri Arish sejak akhir-akhir ini seakan-akan tidak tenteram. Adakah akan berlaku perkara yang buruk ke atas diri dan keluarganya. Dia teringat akan perbualan oleh sahabatnya dibilik kuliah petang tadi. "Kau kenapa aku tengok gelisah je, seperti ada benda yang merisaukan kau! Aku tak apa-apa, kau jangan risau aku ok je. Tapi muka kau aku tengok macam kau ada masalah, ceritalah kepada aku kalau kau ada masalah mungkin aku dapat tolong kau.

Tidak mungkin akan ku menceritakannya kepada sesiapapun. Hati Arish terdetik untuk membuka akaun laman sosialnya. Sedang galak matanya membaca apa yang dibincangkan di laman sosial tersebut, tiba-tiba ada satu utusan yang mempersaksikan perdebatan diantara dua sahabat yang berbeza jantina. Dalam perdebatan tersebut terluah semua kata-kata dan kekhilafan yang tidak sepatunya di tulis dilaman sosial tersebut. Hal ini kerana, apa yang ditulis dan apa yang diluahkan pasti akan mengundang padah kepada diri sendiri dan juga menjadi bualan dan ucapan teman-teman di laman sosial itu.

Punca utusan yang dikirim oleh seorang sahabat itu tidak diketahui dan mengapa ia sanggup menulis dan mencerca orang yang tidak bersalah tanpa usul periksa. Dengan hanya fitnah yang ditabur oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan manusia yang iri hati, meletus satu lava pertengkaran yang sengit di laman itu. Terlahirlah cercaan dan penghinaan yang tidak sedap didengar oleh pancaindera yang dimilik oleh manusia.

Cercaan dan penghinaan itu mengandungi kata-kata kesat dan juga boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang insan. Arish juga pelik mengapa seorang insan itu tidak suka melihat orang lain senang dan hidup dalam aman tanpa wujudnya perasaan hasad dengki di dalam diri, sedangkan insan yang tidak bersalah itu sentiasa merendah diri dan tidak riak dengan apa yang dimiliknya. Entah apa yang menyebabkan sahabat itu sanggup membuat kekhilafan yang memalukan diri sendiri tanpa mencari bukti yang sahih ataupun bersemuka secara empat mata dengan insan yang tidak bersalah itu.

Alangkah bagus sekiranya tidak terdapat satu perasaann hasad dengki di dalam diri masing-masing, mungkin semua insan-insan ini tidak akan meletuskan lava masing-masing sekiranya ada sedikit kekhilafan yang telah dilakukan. Padahnya jika diri terhasut oleh kecanggihan teknologi yang boleh membunuh silaturahim antara sesama insan, ini kerana menggunakan teknologi hanya untuk melepaskan lava ketidak puasan hati kecil yang telah dikuasai oleh insan yang mempunyai perasaan hasad dengki dan juga orang ketiga (syaitan).

Tuesday 14 June 2011

Kesenangan...

Susah juga kalau dilahirkan sebagai seorang yang sangat cerewet dalam memilih dan membuat keputusan yang tepat. Walaupun semua yang ada di hadapan sedap-sedap belaka, kalau orang lain sekilas tengok sahaja pasti sudah mengiurkan hati untuk menjamah hidangan itu. Berlainan dengan diriku, apabila tiba waktu yang telah ditetapkan secara automatik, mesti ada konflik dalaman yang timbul dibenak fikiran. Kenapa susah sangat untukku membuat keputusan yang tepat sedangkan ia bukannya rumit sangat. 

Bila aku beritahu kawan-kawan mereka akan berkata "apa susah sangat pilih je bukannya ada racun kat dalam semua tu", memang tiada racun tetapi betapa sukarnya bila ingin membuat sesuatu keptusan yang tepat. Kalau tersalah pilih nanti akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Akhirnya aku memilih yang terbaik dan menyihatkan badan. Keputusan yang aku pilih ini adalah tepat kerana ia mengimbas kembali ingatanku bila tibanya cuti yang panjang, mesti permintaan dari orang yang aku sayang akan ku tepati dan menciptakanya seorang diri di tanggah yang wajib bagi seorang yang bergelar wanita. 


Nasi Ayam