Saturday 21 May 2011

Sesuatu Yang Berlaku Ada Hikmahnya...


Senyumlah... sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, dan untuk membahagiakan kita.

  1. Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan diAkhirat kelak.
  2. Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa diAkhirat kelak.
  3. Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadaNya.
  4. Apa yang Allah SWT turunkan  atau timpakan bala adalah tanda Allah       SWT mencintai kita....SubhanAllah..          





Maaf...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disini saya ingin minta maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang membaca blog ini... mungkin di antara kalian semua tidak tahu dan tidak faham apa yang telah saya tulis di entri sebelum ini.  
Tujuan blog ini di reka adalah untuk memenuhi syarat bagi kursus yang saya ambil untuk semester pendek (short sem) iaitu selama 2 bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bukan saya seorang sahaja yang dikehendaki untuk mereka satu blog sendiri tetapi semua kawan-kawan saya yang telah mengambil kursus Penulisan Kreatif di bawah tenaga pengajar Professor Madya Dr. Misran Rokimin dan Professor Madya Dr. Mawar Shafei.
Seterusnya, blog ini juga bertujuan untuk menilai kreativiti dan juga cara penulisan seseorang dalam menghasilkan sebuah cerita ataupun cerpen. Gaya penulisan yang kreatif dan menarik akan memberi kesan yang mendalam kepada minda dan perasaan kepada sesiapa yang membaca sesebuah cerita atau cerpen yang bagus. Saya berharap suatu hari nanti saya juga akan menajdi seorang penulis seperti pensyarah saya iaitu PM Dr. Misran dan PM Dr. Mawar.



HARAPAN,
Daripada apa yang ditulis dalam entri blog ini juga mungkin akan terlahir sebuah cerpen dan mungkin juga tidak, ia bergantung kepada keadaan sekitar dan sekiranya diizinkan olehNya.

Monday 16 May 2011

Assalamualaikum..

Hari ini adalah 16 Mei 2011 masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua guru di Malaysia. Tanpa mereka semua mungkin pada hari ini saya tidak akan berada di menara gading iaitu merealisasikan impian kedua-dua ibu dan bapa saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. 
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya yang tersayang dan juga kepada semua wanita yang bergelar sebagai seorang ibu, anda semua adalah ratu hati dan pengarang jantung bagi semua anak-anak yang dilahirkan di dunia ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan selamat hari depavali (wesak day) kepada semua warga Malaysia yang beragama hindu yang akan menyambut perayaan pada hari esok (17 Mei 2011).