Monday, 13 June 2011

Dosa


Kita kerap menyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah yang dilakukannya. Kalau kita tahu mengatur kata, tentulah ia akan mencari kita kembali.

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk... sebenarnya kita memperdayakan yang maha melihat kita... Walaupun hakikat sebenarnya yang kita lakukan adalah perkara yang salah. Kekejaman pada hari ini semakin menjadi-jadi. Dimana manusia yang tidak berdosa sering kali menjadi mangsa kekejaman manusia yang lain.

Perlahan-lahan anak kecil dan wanita di culik dan dipaksa melakukan kekerasan terhadap kaum yang lain, sekaligus menyebabkan keheningan kehidupan manusia yang selama ini hidup dalam keadaan yang sempurna tanpa adanya kekejaman.

Siapa yang ingin dipersalahkan? Apa yang dilihat diri sendiri turut melakukan kekejaman dan berperang sesama sendiri. Dengan menggunakan peralatan teknologi yang canggih pada zaman ini. Teriakan dan tangisan   mangsa yang tidak berdosa tidak dipedulikan.

Seorang kanak-kanak memerhatikan apa yang telah berlaku dan punca yang menimbulkan kekejaman sambil mengenang nasib dan masa depannya yang akan datang.


Cranberries - Zombie lyrics

Another head hangs lowly,
Child is slowly taken.
And the violence caused such silence,
Who are we mistaken?

But you see, it's not me, it's not my family.
In your head, in your head they are fighting,
With their tanks and their bombs,
And their bombs and their guns.
In your head, in your head, they are crying...

In your head, in your head,
Zombie, zombie, zombie,
Hey, hey, hey. What's in your head,
In your head,
Zombie, zombie, zombie?
Hey, hey, hey, hey, oh, dou, dou, dou, dou, dou...

Another mother's breakin',
Heart is taking over.
When the vi'lence causes silence,
We must be mistaken.

It's the same old theme since nineteen-sixteen.
In your head, in your head they're still fighting,
With their tanks and their bombs,
And their bombs and their guns.
In your head, in your head, they are dying...

In your head, in your head,
Zombie, zombie, zombie,
Hey, hey, hey. What's in your head,
In your head,
Zombie, zombie, zombie?
Hey, hey, hey, hey, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, hey, oh, ya, ya-a... 

Ruangan

Teriakkan, tangisan, jeritan, pekikan itu semua tidak dipedulikan apabila kesedihan memboloti minda dan intisari. Apa yang berlaku disekeliling walau sekali pun gempa bumi melanda ia tidak mempedulikannya. Perit rasanya bila hati ini berada dalam keadaan berduka lara.

Kesedihan itu adalah apabila engkau mencintai seseorang, akan tetapi si dia yang engkau cintai itu mencintai orang lain selainmu. Ataupun kesedihan itu ialah apabila engkau menghendaki perkara yang baik untuk seseorang, sebaliknya dia mahu menyakitimu.

Duhai hati, bersabarlah mungkin ini adalah sebahagian daripada ujian yang diturunkan kepadamu olehNya. 



Saturday, 11 June 2011

Lapangkan Kalbumu

Angin bayu menampar lembut dipipi gebuku. Terasa nyaman dan tenang dengan kenikmatan yang diciptakan olehNya. Aku melihat keadaan di sekeliling diriku dengan kehijauan alam dan keriuhan bunyi ungas-ungas yang berkicauan. Aku berasa kagum dan teruja dengan apa yang telah kulihat ini. Penyebaran udara kearahku dan juga kepada semua benda hidup yang telh diciptakan olehNya adalah untuk kesejahteraan dan keamanan di muka bumi ini.

Awan yang mengembang oleh langit yang jauh dan berwarna kebiru-biruan, planet-planet yang berada di orbitnya, manakala bulan dan matahari seperti harmoni yang sempurna. Betapa sungguh ajaibnya dengan penciptaan ini semua. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi berpeluang untuk menikmati semua keindahan yang hanya dipinjamkan sementara sahaja didunia nyata ini.

Sedang menikmati keindahan alam aku bertanya kepada diriku sendiri adakah bukti ini tidak cukup untuk kita semua terhadap apa yang telah dinikmati selama ini atau begitu butakah kita semua terhadap semua keajaiban ini.

Kita semua perlu membuka mata kita, hati kita dan juga fikiran. Jika hanya kita melihat terang untuk melihat tanda-tanda, kita tidak boleh bersembunyi terus dari kebenaran. Apa yang telah membuat diriku dan semua makhluk hidup dimuka bumi ini adalah dengan kejutan kerana ialah cara yang membawa kita untuk mendakati Allah SWT dalam apa jua sekalipun keadaan. Hal ini kerana kita datang dariNya dan hendaklah kembali kepada hak pencipta iaitu Allah SWT.  Aku bersyukur dengan apa yang telah kunikmati hari ini dengan keajaiban yang terbatas dari fikiran manusia.


Friday, 10 June 2011

Kebijaksanaan

"Harta yang paling MENGUNTUNGKAN adalah SABAR...
Teman yang paling AKRAB adalah AMAL...
Pengawal peribadi yang paling WASPADA ialah DIAM...
Bahasa yang paling MANIS adalah SENYUM...
Dan Ibadah yang paling INDAH tentunya KHUSYUK..."

Awan hitam kelihatan berarak perlahan dalam dada langit. Angin yang kencang, menerbangkan dedaun kering yang berada di padang yang luas terbentang. Seorang gadis yang bernama Azira mendongak ke langit. Dia tahu sekejap lagi hujan akan turun membasahi bumi  yang diciptakan oleh Allah SWT. Perasaan gusar dan kecewa jelas terpancar diwajahnya yang bujur sirih. Sambil mindanya mengingati apa yang telah terjadi kepada dirinya semasa berada disekolah petang tadi.

Masih lagi tergiang-giang suara rakan-rakannya yang menyindir dirinya kerana mendapat keputusan yang paling tercorot dikalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Hal ini kerana sebelum ini beliau dikenali dan menjadi bualan rakan-rakan yang lain kerana merupakan seorang pelajar harapan sekolah dan juga pelajar yang cemerlang. Namun, itu semua bukan kehendak dirinya. Apa yang telah terjadi adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Punca yang menyebabkan dirinya mendapat keputusan yang tidak memuaskan ialah dia terlibat dalam kemalangan jalanraya dan koma selama 2 minggu. sebelum bermulanya peperiksa pertengahan tahun.

Walaupun begitu Azira bernasib baik dan bersyukur kerana hanya dia tidak mengalami kecederaan yang teruk, dia hanya mengalami lebam-lebam dan luka-luka kecil sahaja. Dia koma selama 2 minggu di hospital kerana hentakan yang kuat dikepalanya.  Semua rakan-rakannya di sekolah tidak mengetahui apa yang telah berlaku kepada dirinya, yang mengetahui perkara sebenar hanya guru kelas, dirinya dan Allah SWT sahaja yang tahu apa yang telah terjadi.

Azira redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya, ini kerana harta yang paling menguntungkan adalah sabar manakala teman yang paling akrab adalah amal, pengawal peribadi yang paling waspada ialah diam bahasa yang paling manis adalah senyum, dan Ibadah yang paling indah tentunya khusyuk.

Saturday, 21 May 2011

Sesuatu Yang Berlaku Ada Hikmahnya...


Senyumlah... sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, dan untuk membahagiakan kita.

  1. Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan diAkhirat kelak.
  2. Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa diAkhirat kelak.
  3. Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadaNya.
  4. Apa yang Allah SWT turunkan  atau timpakan bala adalah tanda Allah       SWT mencintai kita....SubhanAllah..          





Maaf...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disini saya ingin minta maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang membaca blog ini... mungkin di antara kalian semua tidak tahu dan tidak faham apa yang telah saya tulis di entri sebelum ini.  
Tujuan blog ini di reka adalah untuk memenuhi syarat bagi kursus yang saya ambil untuk semester pendek (short sem) iaitu selama 2 bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bukan saya seorang sahaja yang dikehendaki untuk mereka satu blog sendiri tetapi semua kawan-kawan saya yang telah mengambil kursus Penulisan Kreatif di bawah tenaga pengajar Professor Madya Dr. Misran Rokimin dan Professor Madya Dr. Mawar Shafei.
Seterusnya, blog ini juga bertujuan untuk menilai kreativiti dan juga cara penulisan seseorang dalam menghasilkan sebuah cerita ataupun cerpen. Gaya penulisan yang kreatif dan menarik akan memberi kesan yang mendalam kepada minda dan perasaan kepada sesiapa yang membaca sesebuah cerita atau cerpen yang bagus. Saya berharap suatu hari nanti saya juga akan menajdi seorang penulis seperti pensyarah saya iaitu PM Dr. Misran dan PM Dr. Mawar.



HARAPAN,
Daripada apa yang ditulis dalam entri blog ini juga mungkin akan terlahir sebuah cerpen dan mungkin juga tidak, ia bergantung kepada keadaan sekitar dan sekiranya diizinkan olehNya.

Monday, 16 May 2011

Assalamualaikum..

Hari ini adalah 16 Mei 2011 masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua guru di Malaysia. Tanpa mereka semua mungkin pada hari ini saya tidak akan berada di menara gading iaitu merealisasikan impian kedua-dua ibu dan bapa saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. 
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya yang tersayang dan juga kepada semua wanita yang bergelar sebagai seorang ibu, anda semua adalah ratu hati dan pengarang jantung bagi semua anak-anak yang dilahirkan di dunia ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan selamat hari depavali (wesak day) kepada semua warga Malaysia yang beragama hindu yang akan menyambut perayaan pada hari esok (17 Mei 2011).